Thursday, 12 September 2013

CARA-CARA MEMBUAT PUREE/ BUBUR NASI 4 BABY

Memandangkan ank pun da 8 bulan so dah kena start bg makanan pejal.. 1st tnya makla,tnya mr google  la n nie hslnyer...

Menu 1: Puri Sawi (5-6 bulan)
  1. Ambil 1/2 cawan daun sawi, cuci bersih dan potong kecil.
  2. Kemudian rebus sehingga menjadi lembut.
  3. Setelah itu, ambil daun sawi yang telah lembut tadi dan cincang sehingga halus.
  4. Tambahkan sedikit air rebusn untuk mencapai kepekatan yang diingini. Sedia untuk dihidangkan.
Menu 2: Puri Epal (5-6 bulan)
  1. Ambil 1/4 epal merah, cuci dan buangkan kulitnya.Potong epal menjadi bentuk dadu kecil.
  2. Rebus bersama sedikit air dan biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
  3. Setelah itu, lecek epal tadi bersama sedikit air rebusan.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

* Deria rasa bayi boleh dilatih. Oleh yang demikian, bayi haruslah diperkenalkan dengan rasa pahit dahulu sebelum rasa manis. 

Info tambahan
Panduan membuat puri sayur-sayuran:
  1. Basuh sayur-sayuran sehingga bersih dan buangkan kulitnya jika ada. Cincang atau potong sayur tersebut kepada potongan yang kecil.
  2. Rebus sayur dengan air yang secukupnya (atau kukus) sehingga empuk atau lembut. Kemudian tapis isinya. Kisar atau cincang bersama sedikit air rebusan tadi. Hidangkan.
  3. Cadangan sayur-sayuran: Lobak merah (pilih lobak yang masih muda dan kecil untuk menghasilkan rasa yang lebih manis), keledek, brokoli, ubi kentang, dan bayam.
Panduan membuat puri buah-buahan:
  1. Pilih buah yang cukup masak, kupas kulitnya dan cuci. Buangkan bijinya jika ada, dan potong buah tersebut kecil-kecil (dadu).
  2. Rebus bersama sedikit air sehingga menjadi lembut atau empuk.
  3. Kisar atau cincang bersama sedikit air rebusan tadi sebelum dihidangkan kepada bayi.
  4. Cadangan buah-buahan: prun, pir, epal (untuk buah yang keras seperti ini, pastikan anda merebus sehingga lembut)
Menu 3: Bubur 3 Rasa (6-9 bulan)

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar ubi keledek (dipotong dadu)
  • 1 biji kecil lobak merah (juga dipotong dadu)
  • 4 kuntum bunga kobis

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan rebus dengn air yang secukupnya.
  2. Masak sehingga empuk atau lembut.
  3. Tapis bahan-bahan yang sudah masak tadi untuk diasingkan dengan air rebusan.
  4. Kemudian, kisar bahan-bahan yang telah direbus tadi dengan sedikit air rebusan (jika tidak mahu mengisar, boleh juga melecek makanan tersebut).
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Menu 4: Omelet + Sayur Campur (9-12 bulan)

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar sayur campur (kobis bunga, putik jagung, brokoli / sawi)
  • 1 sudu kecil minyak masak

Cara-cara:
  1. Potong sayur campur dan hiris nipis-nipis.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  3. Pecahkan telur di dalam bekas lain terlebih dahulu, kemudian masukkan sayur campur yang telah dipotong tadi.
  4. Tuangkan campuran tadi ke dalam kuali yang telah panas. Masak telur sehingga kekuning-kuningan. Kemudian, segera angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Jangan biarkan telur terlalu garing kerana ia akan menghilangkan khasiat di dalamnya.
  5. Potong mengikut ukuran yang diingini (seboleh-bolehnya boleh dipegang oleh anak) dan dihidangkan.
* Garam atau perisa makanan yang lain tidak perlu ditambah ke dalam makanan anak kerana ia akan meningkatkan sensitiviti deria rasa.

Menu tambahan untuk bayi 9-12 bulan:

Stew ayam dan sayur


Bahan-bahan:
  • 1/2 kotak mancis daging ayam (dibuang kulit dan lemak)
  • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 2 sudu makan lobak merah (bersaiz kecil)
  • 1 sudu makan barli (dibasuh bersih)
  • 2 sudu makan ubi kentang
  • 1 sudu makan kacang pis
  • 2 sudu kecil minyak masak

Cara-cara:
  1. Cincang danging ayam, disarankan untuk menggunakan daging ayam bahagian dada.
  2. Potong lobak merah dan ubi kentang kepada bentuk dadu yang kecil.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  4. Tumis bawang merah yang telah dimayang halus sehingga naik bau.
  5. Kemudian, masukkan pula daging ayam dan biarkan seketika sehingga sedikit garing
  6. Masukkan lobak merah, barli dan air. Biarkan mendidih dengan api yang kecil sehingga daging ayam betul-betul masak serta lobak merah menjadi lembut.
  7. Masukkan ubi kentang dan teruskan mereneh sehingga ubi kentang menjadi lembut.
  8. Masukkan pula kacang pis dan biarkan ia lembut.
  9. Sekiranya tekstur makanan masih kasar untuk bayi, lecek makanan tersebut sebelum dihidangkan kepada bayi.

SELAMAT MENCUBA YER MOMMIES2 SEMUA!

No comments:

CARA-CARA MEMBUAT PUREE/ BUBUR NASI 4 BABY

Memandangkan ank pun da 8 bulan so dah kena start bg makanan pejal.. 1st tnya makla,tnya mr google  la n nie hslnyer... Menu 1: Puri Sawi ...